Cinta itu laksana pohon di dalam hati.
Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah
mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya
adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang
menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu
bahagian yang kosong berarti cinta itu berkurang.
Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit
dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu
Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru,
“Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka
para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang
menyambutnya di muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim] Dalam Sunan
Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t.
dan membenci kerana Allah s.w.t.” Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu
oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya,
tetapi Dia telah mengujinya di dunia.” Bagaimanakah yang dikatakan
hakikat cinta itu? Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan
dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau
seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati
atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah s.w.t.
memerintahkan hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan
sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.: “Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan
(musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah
serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya
(mencapai kemenangan).” [Al-Anfaal:45] Tunduk pada perintah orang yang
dicintainya dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.
Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada tiga macam: 1. Orang yang
mempunyai keinginan tertentu dari orang yang dicintainya. 2. Orang yang
berkeinginan terhadap orang yang dicintainya. 3. Orang yang
berkeinginan seperti keinginan orang yang dicintainya. Inilah yang
merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia mampu
menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang
dicintainya. Firman Allah s.w.t.: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika
benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi
kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [A’li Imran:31] Daripada Abu
Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir
zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama.
Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada
kulit kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat
simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.
Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang
jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu
dengan kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu?
Demi KebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan
terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang ‘alim (cendikiawan)
pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)” [Riwayat
At-Tirmidzi] Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada orang-orang
yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di
tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu, maka
azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun
orang-orang yang baik. Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahawa sesungguhnya
Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan
oleh orang-oeang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan
terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka
keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa. “Sesungguhnya Allah telah
memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu
mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka
janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa
perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan
hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan
bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan
mencari hukumannya”( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih,
An-Nawawi : Hasan ) Mencintai tempat dan rumah sang kekasih. Di sinilah
letaknya rahsia seseorang yang menggantungkan hatinya untuk sentiasa
rindu dan cinta kepada Ka’abah dan Baitulahhilharam serta masjid-masjid
sehinggakan dia rela berkorban harta dan meninggalkan orang tersayang
serta kampung halamannya demi untuk meneruskan perjalanan menuju ke
tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun akan terasa
ringan dan menyenangkan. Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia
zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya
mereka cintai. Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w. bersabda:
“Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan
datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan
mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya:
Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab:
Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama nuih di
waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerund terhadap kamu dari
hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu
penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya: Apakah “wahan” itu hai
Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat
Abu Daud] Mencintai apa yang dicintai sang kekasih. Dengan mematuhi
segala perintah Allah s.w.t. serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.
“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut
jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang
terang nyata” [Al-Baqarah:208] Berkorban untuk mendapatkan keredhaan
sang kekasih Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia
mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seorang daripada kalian
sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya
kepada) anak dan bapanya serta sekelian manusia” [Riwayat
Asy-Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad] Barangsiapa yang lebih
mementingkan orang yang dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa
sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya itu kepada sang kekasih
yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih
belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai
orang yang paling mereka cintai, lebih besar dari cinta kepada diri
mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya keluarga dan
harta benda. Firman Allah s.w.t.: “Nabi itu (hendaknya) lebih utama
bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri[1200] dan
isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai
hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam
Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin,
kecuali kalau kamu berbuat baik[1201] kepada saudara-saudaramu
(seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab
(Allah)” [1200] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka
lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. [1201]
yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang tidak
lebih dari sepertiga harta. [Al-Ahzab:6] Cemburu kepada yang dicintai.
Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa cemburu
hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dilanggar dan
diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf
dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad
sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.: ”Hai orang-orang
yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya,
Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai
mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap
orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang
berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang
suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha
Mengetahui” [Al-Maaidah:54] Menghindari hal-hal yang merenggangkan
hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. ”Hai nabi,
bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan)
orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah
Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa yang diwahyukan
Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai
Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3] ”Dan diantara manusia ada orang-orang yang
menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya
sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman
amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang
berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada
hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa
Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)” [106] yang
dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang
menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165] “Sesudah itu, patutkah mereka
berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada
orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat
hukum yang lebih pada daripada Allah” [Al-Maaidah:50] “Dan janganlah
kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui (salahnya)” [Al-Baqarah:188] Daripada Abu Hurairah r.a.
katanya: aku mendengar Rasul s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat
bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w.
menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2)
terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu
dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut
sehingga jadi zalim menzalimi” [Riwayat Al-Hakim]
[Dipetik dari buku Cinta dan Rindu oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah / Al-Hikam oleh Syeikh Ibn Ata'illah Al-Sakandari]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar